Saturday, April 11, 2009

Tuesday, April 7, 2009


Anisa Zurani

Hassan Lamri

Golden Arrows Enterprise

Hidayah


Monday, April 6, 2009

Faedah Memanah

Sabda Rasulullah SAW :

Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

MemanahMelatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW,

Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Sunday, April 5, 2009

Golden Arrows Enterprise pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2005 yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sebelum penubuhan Golden Arrows Enterprise, En. Hassan telah dilantik oleh sebuah sekolah di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Kikir sebagai seorang jurulatih sementara sempena Kejohanan MSSN Negeri Sembilan. Setelah beberapa minggu melatih pelajar di sekolah tersebut, En. Hassan di jemput sebagai jurulatih di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Serting. Pada masa yang sama, En. Hassan juga dipanggil oleh Sekolah Menengah Teknik Juasseh sebagai jurulatih untuk melatih pelajar tingkatan 4 sebagai wakil sekolah di Kejohanan MSSM Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Dato' Abdul Razak (SDAR).

Ketika inilah En. Hassan mendaftarkan nama GOLDEN ARROWS ENTERPRISE di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sempena warna anak panah yang telah digunakan semasa Kejohanan Memanah di Thailand peringkat Asia pada tahun 1987 dan Kejohanan Sukan Sea ke-14 di Jakarta pada tahun yang sama. Beliau telah merangkul pigat emas di Thailand kategori individu manakala hanya mendapat tempat kelima di Jakarta.

Setelah pelajar didikan beliau berjaya menempa nama di MSSNS seperti Jasnor Ain Isabella dan Mohd Naim dari Sekolah Menengah Teknik Juasseh dan beberapa pelajar dari MRSM Serting, En. Hassan menerima banyak panggilan dari sekolah-sekolah untuk menjadi jurulatih.
Antara sekolah-sekolah yang telah dijajah oleh beliau adalah:

- SMK Dato' Mansor.
- SK Tunku Muda.
- SMK Batu KIkir.
- SMA Pedas.
- Tunku Khursiah College (TKC)
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.
- SM Sains Tuanku Jaafar
- Sekolah Menengah/Rendah Sri Seremban.
- SK Senaling.

Kesemua sekolah bekenaan telah mendapat khidmat tunjuk ajar dari beliau. Beliau juga membekalkan kelengkapan alatan memanah yang sesuai untuk pelajar-pelajar. Antara pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sukan ini adalah Amir Ali Bin Roslan, pelajar dari SMK Senaling yang telah berjaya menggondol beberapa pingat emas dalam beberapa kejohanan memanah termasuk Sukma di Terengganu.

Hingga kini, Golden Arrows Enterprise masih lagi membekalkan alatan memanah, 'bow-tuning', khidmat nasihat dan khidmat jurulatih kepada sekolah-sekolah diseluruh Negeri Sembilan malahan beberapa buah sekolah di Negeri Perak dan Melaka. Beliau juga membekalkan alatan memanah dan aksesori, 'bow-tuning' serta kejurulatihan kepada kontijen Negeri Sembilan dalam mana-mana pertandingan memanah.

Malahan, Golden Arrows Enterprise telahpun mempunyai lapang sasar memanah sendiri untuk pelajar-pelajar berlatih memanah. Pada bulan Febuari 2009, Lapang Sasar Memanah Golden Arrows telah di perakui sebagai Lapang Sasar Memanah Pusat Latihan Negeri, MSN.

 

Hasrizal Hassan